PArM In The News : Astro Awani
Click here to read this on Astro Awani
![]() Prof Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin berkata, pokok perlu dilayani seperti manusia supaya ia kekal sihat, kukuh, dan selamat daripada tumbang. sumber-Astro AWANI |
KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan dan andaian berlegar dalam fikiran masyarakat berikutan isu pokok tumbang yang berlaku di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pokok yang dikatakan berusia 130 tahun itu tumbang berpunca daripada akarnya yang mereput, menurut laporan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bagi Presiden Persatuan Arborist Malaysia, Prof Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin, walaupun punca pokok tersebut disebabkan akar yang mereput tetapi perkara itu boleh dielakkan jika penjagaan yang rapi dijalankan. “Pokok-pokok perlu disediakan ruang yang sesuai supaya akarnya dapat menjalar dengan baik. Jika ruang yang diberikan tidak sesuai, pokok boleh mengalami tekanan hingga berpenyakit serta berisiko untuk tumbang.
“Jika kawasan pokok diganggu dengan jalan raya, laluan pejalan kaki, atau papan tanda, hal ini akan mencederakan pokok tersebut,” katanya. |