POLISI PENGURUSAN DAN PEMULIHARAAN POKOK

POLISI PENGURUSAN DAN PEMULIHARAAN POKOK NEGERI SELANGOR

 

Hasil usaha pihak UPEN Selangor dengan wakil-wakil PBT Selangor bersama Persatuan Arborist Malaysia (PArM) telah menghasilkan “Polisi Pengurusan dan Pemuliharaan Pokok Negeri Selangor” yang di antara lain mengandungi isi kandungan polisi merangkumi perkara seperti :

1) Misi dan Visi.

2) Pemilihan, Penanaman, Penyelenggaraan dan Pelupusan Pokok.

3) Pengurusan Aset dan Sumber Manusia.

4) Pengurusan Risiko Pokok.

5) Perlindungan Pokok.

6) Penglibatan dan Perundingan Masyarakat.

Dokumen¬†“Polisi Pengurusan dan Pemuliharaan Pokok Negeri Selangor”¬†ini mempunyai lapan (8) muka surat bercetak dan anda boleh menghubungi pihak UPEN Selangor bagi mendapatkan salinan cetak daripada mereka.